Robot ROBUST Yang Digunakan Dalam Medan Perang Diperlihatkan Oleh Elbit Systems

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Robot dalam medan perang selama ini dilihat sebagai sains fiksyen tetapi dengan kemajuan teknologi, ia sudah mula menjadi kenyataan. Elbit Systems sebuah syarikat ketenteraan dari Israel telah memperlihatkan ROBUST (Robotic Autonomous Sense and Strike) yang memenuhi keperluan Kementerian Pertahanan Israel.

ROBUST ialah sebuah kenderaan beroda yang boleh dikawal dari jarak jauh. Terdapat kecerdasan buatan yang membolehkan ia mempunyai sistem swapandu dengan ia akan mencari jalan alternatif ke destinasi jika menemui halangan dalam perjalanan. Ia direka dengan sebuah meriam 30mm yang boleh mengesan musuh sebelum memilih sasaran mana perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Selain itu ROBUST juga boleh dilengkapi dengan ATGM bagi memusnahkan kereta kebal atau sasaran yang terselindung.

ROBUST turut boleh melancarkan dron dari bahagian belakang bagi melakukan pemantauan medan perang. Ia kemudian boleh mengambilnya semula selepas usai melakukan misi. Dari segi pertahanan, ROBUST mempunyai sistem penangkis serangan aktif Iron Fist.

Sebagai negara yang kecil, Israel menggunakan dron dan robot sebagai pengganda kuasa di medan perang. Dengan penggunaan teknologi, mereka boleh melakukan pelbagai misi tanpa meletakkan anggota tentera manusia kepada berbahaya.

komen


© Amanz / 2022 Kami