Google Doodle Meraikan Dr Lim Boo Liat Yang Merintis Bidang Zoologi Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Doodle hari ini kelihatan comel dengan terdapat karikatur haiwan seperti tapi dan ular mengikuti langkah seorang ahli sains. Anda mungkin tidak menyedari bahawa Doogle yang comel ini adalah bagi meraikan Dr. Lim Boo Liat yang merintis bidang zoologi di Malaysia.

Beliau membantu memulakan Zoo Negara dan telah menulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi. Pada hari ini pada tahun 2003, Dr. Lim dianugerahkan Keahlian Kehormat kepada Persatuan Ahli Mamalia Amerika (dikenali sebagai American Society of Mammalogists, atau ASM) untuk sumbangan cemerlang beliau kepada ilmu sains mamalia. Beliau merupakan orang Asia Tenggara pertama (dan orang Asia ke-empat) untuk menjadi seorang Ahli Kehormat ASM, sebuah anugerah yang diasaskan pada tahun 1919.

komen


© Amanz / 2022 Kami