Cari @ Amanz

Hampir seminggu lalu tular di media sosial berita teleskop radio gergasi FAST yang terletak di China mengesan isyarat yang didakwa dihantar oleh makhluk asing. Berita ini mengujakan orang ramai yang ingin percaya bumi bukan satu-satunya planet di cakerawala yang mempunyai kehidupan. Tetapi kini ahli saintis percaya isyarat yang dikesan berkemungkinan besar sebenarnya buatan manusia.

Dan Werthimer seorang penyelidik dari University of Berkeley, California yang terlibat dalam projek SETI berkata beliau percaya isyarat yang diterima adalah buatan manusia. Teleskop FAST dilengkapi penerima kriogenik yang sangat sensitif kepada semua jenis isyarat radio. Oleh sebab itu isyarat radio, telefon dan satelit yang wujud boleh disalah anggap sebagai isyarat dari makhluk asing.

China masih lagi baru dalam penyelidikan pencarian makhluk asing dan kesilapan seperti ini bukan pertama kali berlaku dalam dunia sains. Dua insiden penemuan isyarat dari makhluk asing sebelum ini didapati sebenarnya adalah dari ketuhar gelombang mikro dan adalah interen radio selepas data menjalani proses kajian semula setara oleh saintis lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd