Monitor Samsung ViewFinity S8 Dilancarkan Untuk Pengguna Profesional

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melancarkan monitor ViewFinity S8 yang direka khusus untuk pengguna profesional. Ia hadir dalam saiz 27″ atau 32″ IPS LCD dengan sokongan resolusi 4K dan sokongan 98% warna DCI-P3. Bagi yang memerlukan sokongan HDR, ViewFininity S8 melepasi piawaian VESA HDR 600.

Monitor turut melepasi piawaian PANTONE Validated yang bermakna ia boleh memaparkan 200 warna di bawah Pantone dan 110 tona warna kulit dalam skala PANTONE SkinTone. Sambungan yang disokong pula ialah USB-C, HDMI dan Display Port. Terdapat juga satu USB-A 3.0 untuk sambungan pelbagai aksesori tambahan. Apabila peranti disambung kepada USB-C monitor, kuasa sehingga 90W boleh disalurkan. Leher monitor membenarkan pengguna mengubah ketinggian, dongak, sudut sisi dan juga diputarkan ke kedudukan menegak.

ViewFinity S8 adalah sebuah monitor biasa sahaja dan bukannya monitor pintar seperti M8 yang telah dilancarkan sebelum ini. Ia akan memasuki pasaran global bulan ini dan harga jualannya di Korea Selatan ialah 720,000 won (~RM2453) untuk 27″ dan 820,000 won (~RM2794) untuk model 32″.

komen


© Amanz / 2022 Kami