LumaFusion adalah aplikasi suntingan video popular yang dibangunkan khusus untuk pengguna iPad. Atas permintaan tinggi, aplikasi ini kemudiannya dikemaskini untuk digunakan pada iPhone dan juga MacBook dengan cip Apple siri-M.
Februari lalu, semasa pelancaran Samsung Galaxy Tab S8 – LumaFusion mendedahkan yang aplikasi suntingan video mereka ini turut akan tiba untuk tablet Android. Ketika itu, aplikasi ini dikatakan boleh dimuat turun melalui Galaxy Store sekitar tahun ini.

Terkini mereka menyatakan yang LumaFusion untuk Android mempunyai banyak cabaran dan ia hanya akan tiba sekitar tahun 2023 akan datang. Ia juga kelak tidak akan terhad pada tablet Android sahaja, tetapi peranti premium Android dan Chromebook turut boleh menggunakannya.
Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap dan harga lagi untuk pengguna Android. Di App Store, aplikasi ini dijual pada harga RM129.90.