Kanada Mengharamkan Pembuatan Dan Import Plastik Penggunaan Sekali

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak video viral mengenai seorang penyelam yang menyelamatkan seekor penyu daripada ancaman straw plastik, dunia telah memperlihatkan perubahan dimana penggunaan alat tersebut diharamkan di pelbagai jenis tahap untuk membantu mengurangkan isu pencemaran plastik global.

Kanada dilihat merupakan diantara beberapa negara yang semakin serius dalam usaha mengharamkan penggunaan plastik penggunaan sekali (single use plastics) dimana Perdana Menteri negara tersebut, Justin Trudeau mengumumkan pengharaman penggunaan plastik tersebut bermula penghujung tahun ini.

Kanada bukan sahaja mengharamkan penggunaan plastik penggunaan sekali ini, tetapi juga pembuatan dan juga pengimportannya, termasuklah beg plastik, alat makanan, straw, pengacau minuman, pemegang tin dan botol minuman dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kerajaan tersebut akan mengharamkan penjualan produk-produk plastik penggunaan sekali ini pada 2023 kelak, dan menjelang 2025, syarikat-syarikat di Kanada juga tidak akan dibenarkan untuk mengeksport produk-produk tersebut keluar negara.

Walaupun begitu, kerajaan Kanada tidak mengharamkan penggunaan semua produk plastik, dengan botol PET, joran ikan, jaring dan sebagainya masih lagi dibenarkan untuk diperdagangkan tanpa masalah, yang mana ramai pakar alam sekitar mengatakan masih lagi merupakan satu isu yang agak serius untuk alam sekitar dan hidupan-hidupan liar.

komen


© Amanz / 2022 Kami