Sejumlah Besar Web Menghadapi Masalah Untuk Diakses Disebabkan Cloudflare

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejumlah besar perkhidmatan web menghadapi masalah untuk diakses disebabkan oleh masalah teknikal pada perkhidmatan Cloudflare.

Masalah ini turut membuatkan sejumlah besar web tidak boleh diakses, termasuk Amanz sendiri. Melalui perkongsian pihak Cloudflare, ia dikatakan terdapat masalah pada bahagian backbone membuatkan masalah ini berlaku.

Disamping perkhidmatan web, ia juga turut memberikan kesan terhadap perkhidmatan edagang seperti Shopify, dan juga permainan seperti League of Legends.

Buat masa ini, pelbagai perkhidmatan dalam proses baik-pulih kembali, dan dijangka lancar kembali seperti biasa dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami