Spotify Melancarkan K-Pop On! Track – Laman Web Khusus Untuk Peminat K-Pop

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify sehingga hari ini masih di antara platform penstriman audio paling popular. Mereka menawarkan pelbagai kandungan seperti pelbagai genre muzik, bermacam-macam kandungan podsiar dan juga buku audio.

Spotify baru-baru ini telah melancarkan laman web baharu K-Pop ON! Track khusus untuk peminat-peminat K-Pop. Laman web ini akan menawarkan lebih banyak kandungan berkaitan dengan kumpulan-kumpulan penyanyi Korea Selatan seperti senarai main, berita, temuramah eksklusif, dan banyak lagi.

Laman web ini mempunyai tiga bahagian iaitu Recent untuk kandungan terkini, berita dan pelbagai suapan lagi, kemudian K-Pop On! untuk senarai main lagu-lagu K-Pop yang mempunyai pelbagai muzik dikumpulkan dan juga Spotlight On! yang memfokuskan kumpulan sedang hangat seperti NCT127.

komen


© Amanz / 2022 Kami