Pengguna Di Rusia Tidak Lagi Boleh Memuat-Turun Windows 10 Dan Windows 11
June 21, 2022
Microsoft
Aman
Microsoft sedia mengehadkan operasi mereka di Rusia sejak awal bulan ini, dan termasuk menghentikan penjualan produk mereka di negara tersebut.

Lanjutan daripadanya, kini pengguna Rusia dilihat tidak lagi boleh memuat-turun sistem operasi Windows 10 dan juga Windows 11 dari laman rasmi Microsoft Rusia.
Ini sekaligus menyukarkan pengguna di Rusia untuk mendapatkan sistem operasi terbaru Microsoft berkenaan secara sah atas-talian.
Buat masa ini, pengguna di Rusia boleh memuat-turun sistem operasi Windows melalui penggunaan VPN.
[sumber]Sumber : BleepingComputer[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.