Dell Precision 5470 Tampil Dengan Spesifikasi Sangat Berkuasa – Ditawarkan Pada Harga RM15,483

Diterbitkan pada Jun 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dell Malaysia hari ini telah mengumumkan kehadiran sejumlah komputer riba produktiviti mereka untuk pasaran tempatan, dan salah satu komputer riba tersebut ialah Dell Precision 5470 yang dibangunkan untuk mereka yang bekerja dalam industri kreatif profesional.

Dell Precision 5470 ini tampil dengan paparan skrin IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi QHD+ 2560×1600 yang boleh memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-12800H vPro ataupun Intel Core i9-12900H vPro dengan memori DDR5 sebanyak 32GB dan storan SSD NVMe PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Dari segi kad grafik, komputer riba ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA RTX A1000 yang boleh digunakan untuk mengolah dan menyunting model 3D dan video pada resolusi tinggi tanpa begitu banyak masalah.

Dari segi penawaran palam, Dell Precision 5470 mempunyai empat palam Thunderbolt 4 dengan kelajuan penghantaran data yang tinggi, satu pembaca kad SD dan satu palam audio 3.5mm.

Komputer riba Dell Precision 5470 kini boleh dibeli melalui laman web Dell Malaysia hari ini pada harga RM15,483 untuk model dengan CPU Intel Core i7 dan RM16,523 untuk model yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i9.

komen


© Amanz / 2022 Kami