Cari @ Amanz

WhatsApp Messenger telah pun memperkenalkan kebolehan memberikan reaksi pada sesuatu mesej yang diterima – sekaligus memudahkan respon dan menjadikan perbualan tidak meleret.

Selari dengannya, kini melalui WABetaInfo, ia dilihat WhatsApp turut sedang menguji kebolehan memberikan reaksi untuk sesuatu mesej menggunakan sebarang emoji pada peranti.

Ini sekaligus memperluaskan penggunaan reaksi emoji pada sesuatu mesej – dan tidak terhad kepada hanya enam pilihan emoji yang ditawarkan hari ini.

Ciri ini masih sedang diuji lagi, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd