Cari @ Amanz

Apple Watch mempunyai banyak aplikasi tetapi satu perkara yang tidak boleh anda lakukan selama ini ialah menggunakannya untuk menonton YouTube. Jika anda ingin menjadi seperti Dick Tracy dan menonton video di Apple Watch, anda akhirnya boleh melakukannya menerusi aplikasi WatchTube.

WatchTube ialah aplikasi percuma yang boleh dimuat turun pada Apple Watch anda hari ini. Ia berfungsi seperti aplikasi YouTube biasa cuma pada skrin yang jauh lebih kecil. Ciri mencari kandungan boleh dilakukan dengan papan kekunci Apple Watch. Untuk menggunakan WatchTube anda hanya perlu memastikan Apple Watch menjalankan watchOS 6 dan ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd