Huawei kini hadir dengan satu lagi aksesori audio baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Huawei FreeBuds SE telah diperkenalkan dengan tanda harga RM199. Ia boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Blue dan White.

Lebih menariknya, Huawei menawarkan harga promosi serendah RM169 bersempena pengenalannya. Anda hanya perlu membayar sebanyak RM16.90 bermula dari 25 Jun – 6 Julai 2022. Kemudiannya, baki sebanyak RM159.10 pula boleh dibayar pada 7 Julai akan datang. Promosi bagaimanapun adalah tawaran masa terhad.

Dari segi spesifikasi, Huawei FreeBuds SE mempunyai pemandu audio sebesar 10mm dan bahagian sisi fon telinga terdapat sokongan kawalan sesentuh. Ia turut menyokong pembatalan hingar aktif terbina untuk penggunaan lebih baik. Dengan sekali caj, ia boleh beroperasi sehingga 6 jam atau 24 jam keseluruhannya dengan penggunaan pod pengecas.

Apabila kehabisan bateri, Huawei FreeBuds SE boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Akhir sekali ia boleh digunakan untuk bersenam kerana mempunyai ketahanan kali air IPX4. Dalam masa sama, sambungan Bluetooth 5.2 turut disertakan pada fon telinga ini.
- Sumber
- Sumber – Huawei Malaysia