Twitter Sedang Menguji Ciri Perkongsian Artikel Panjang Melalui Twitter Notes

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seorang pengguna Twitter untuk sekian lama, anda pastinya mengenali tentang ciri parti ketiga Twitlonger yang membolehkan anda berkongsikan ciapan berbentuk panjang melalui sebuah pautan.

Terkini, Twitter dilaporkan sedang menguji sebuah fungsi baru yang dinamakan Twitter Notes yang membolehkan pengguna Twitter untuk bukan sahaja menghantar ciapan yang melangkaui had 280 aksara, tetapi juga untuk memuat-naik media dan memberikan pilihan menyunting teks dalam format RTF (rich text format) dan menampakkannya sebagai sebuah artikel di laman web.

Kebelakangan ini, kita dapat lihat bahawa ramai pengguna Twitter telah mula menulis ciapan panjang menggunakan fungsi Threads ataupun bebenang ciapan, tetapi ramai juga yang menggunakan bot Thread Reader untuk menjadikan ciapan-ciapan panjang ini sebagai satu artikel yang lebih mudah dibaca.

Twitter mungkin telah sedar akan perkara ini, dan telah membangunkan sebuah fungsi yang lebih mudah untuk pengguna-pengguna mereka berkongsi maklumat ataupun fikiran yang mungkin terlalu panjang untuk 2-3 bebenang ciapan.

Fungsi ini dilaporkan masih lagi berada dalam fasa ujian buat masa ini, dan akan diperkenalkan secara kepada semua pengguna tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami