Google hari ini dilihat memberikan nafas baharu untuk Google News, membawakan rekaan yang lebih kemas dan moden, serta diasingkan mengikut sejumlah kategori.
Rekaan baharu juga turut memberikan penekanan terhadap berita setempat yang berlaku disekitar seseorang. Pada masa yang sama, ia juga memaparkan berita yang dioptimasikan dan menarik minat mengikut seseorang pengguna.
Seperti biasa, pengguna juga turut boleh menetapkan pilihan tajuk yang ingin diikuti dan dilihat melalui halaman setempat Google News.
Bagi anda yang sering mengikuti berita di Google News, boleh mencuba paparan baharu hari ini melalui pautan yang dipaparkan pada bahagian atas Google News dalam bentuk pop-atas.