Carian
Opensignal : Malaysia Mempunyai Rangkaian 5G Kedua Terpantas Di Dunia
June 22, 2022 Aman

Opensignal kini telah mengeluarkan laporan dan himpunan data berkaitan rangkaian 5G pada peringkat global, sekaligus turut memperlihatkan kedudukan rangkaian 5G di Malaysia jikalau dibandingkan dengan negara-negara lain.

Menduduki tangga pertama pada kadar kelajuan muat-turun putara adalah Korea Selatan dengan kelajua 432.7Mbps. Menariknya, Malaysia menyusul pada tangga kedua pada kelajuan 382.2Mbps.

Dari segi kelajuan paling tinggi dicapai juga, Malaysia turut menduduki tangga kedua pada kelajuan 880.3Mbps, dibelakang Taiwan dengan kelajua 922.5Mbps.

Menariknya, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi kelajuan muat-naik pada kelajuan 50.3Mbps. Data yang dihimpunkan oleh Opensignal ini adalah antara tempoh 1 Mac sehingga 29 Mei 2022 lepas.

Buat masa ini, hanya Yes menawarkan perkhidmatan 5G di Malaysia, dan dengan tarikh akhir 30 Jun semakin hampir, kita mungkin melihat penawaran 5G daripada pelbagai penyedia lain dalam bulan-bulan akan datang.

Komen