Infinix Bakal Melancarkan Televisyen Pintar Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix dilihat mempunyai perancangan untuk mengembangkan kepelbagaian jenis produknya di Malaysia. Kali ini, mereka bakal melancarkan televisyen pintar dan poster yang dikongsi menunjukkan model untu Infinix X3 Smart TV.

Jika benar, ia mungkin dijual pada harga mampu milik bagi memenuhi keperluan dalam segmen berkenaan. Ia turut telah dilancarkan di India terlebih dahulu dengan dua variasi saiz iaitu 32-inci dan 43-inci.

Bercakap sedikit mengenai spesifikasi, Infinix X3 32-inci menggunakan skrin HD dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 93%. Sementara itu, variasi 43-inci pula dilengkapi skrin FHD dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 96%. Tidak ketinggalan, kedu-duanya turut dilengkapi sistem audio stereo Dolby untuk pengalaman lebih emersif.

Namun setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua variasi akan ditawarkan di Malaysia kelak atau sebaliknya. Dalam masa sama, spesifikasi pada televisyen pintar berkenaan juga masih belum didedahkan dengan lebih khusus.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami