Motorola Razr 3 Mungkin Menggunakan Bateri 2800mAh Sahaja

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola Razr 3 adalah peranti dengan skrin boleh-lipat yang ramai nanti-nantikan. Ini kerana, peranti ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan lebih berkuasa iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan bukan lagi cip peranti kelas pertengahan. Peranti ini turut dijangka akan hadir dengan kamera yang lebih baik berbanding model terdahulu.

Bukan itu sahaja, Motorola Razr 3 juga mungkin akan bersaing sengit dengan Samsung Galaxy Z Flip4 dengan harga jualan lebih kurang sama dan tidak terlampau tinggi. Kiranya kelak, ia akan lebih berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Namun, berita mengecewakan untuk peranti ini adalah bateri dikhabarkan akan hanya mempunyai kapasiti 2800mAh. Jika dibandingkan dengan Samsung, Z Flip4 dijangka mempunyai bateri 3300mAh atau 3400mAh – Motorola agak kecil. Tetapi jika benar cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan, Qualcomm menyatakan ia adalah 30% lebih jimat tenaga – ada kemungkinan ketahanan bateri boleh diterima.

Turut tidak pasti jika peranti ini akan dilancarkan di Malaysia atau hanya di negara terpilih. Jika ia dilancarkan, adakah anda berminat untuk mendapatkannya?

komen


© Amanz / 2022 Kami