Micron Perkenal Kad Mikro-SD Dengan Storan Sebesar 1.5TB

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Micron kini telah memperkenalkan kad mikro-SD dengan storan yang sangat besar, mencapai 1.5TB. Dengan langkah ini, ia memudahkan anda memperluaskan storan sejumlah peranti dengan mudah, dan mempunyai lebihan 1.5TB storan.

Micron menggunakan teknologi storan 176 lapisan 3D NAND yang membolehkan mereka hadir dengan storan sehingga 1.5TB.

Kad mikro-SD ini lebih disasarkan kepada pengguna industri, terutamanya seperti untuk storan sistem sekuriti video – membolehkan video disimpan untuk tempoh lebih lama berbanding kebiasaan.

Micron turut menjanjikan ketahanan lama melalui kad mikro-SD ini, membolehkan pengguna merakamkan video berterusan 24 jam selama 5 tahun. 

Buat masa ini, harga jualan kad mikro-Sd ini masih tidak diumumkan lagi. Tetapi, apa yang pasti, ia semestinya tidak murah dan mungkin tidak sesuai untuk pengguna awam buat masa ini.

Sumber : Micron (PDF)

komen


© Amanz / 2022 Kami