Ingin Telefon 5G Secara Percuma? Dapatkannya Melalui Yes Infinite+ Sekarang

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila sebut sahaja percuma, tentu ada diantara kita yang masih lagi ragu-ragu. Adakah ia benar-benar percuma, atau terdapat kos tersembunyi disebaliknya? Antara salah satu situasi yang sering menimbulkan pertanyaan sebegini adalah seperti syarikat telekomunikasi yang menawarkan sesuatu yang percuma seperti kuota internet percuma atau juga telefon pintar percuma.

5G Malaysia

Seperti kelajuan internet, walaupun sesuatu syarikat telekomunikasi itu menyatakan bahawa pakej mereka menawarkan internet tanpa had, sebenarnya ada juga syarikat telekomunikasi yang meletakkan had FUP padanya. Jadi, jika anda telah mencapai had penggunaan internet yang mereka telah tetapkan, kelajuan internet harian anda akan dikurangkan. Ini menyebabkan anda perlu menambah nilai semula untuk dapatkan kelajuan internet yang diingini.

Bagi membolehkan anda dapat merasai pengalaman yang lebih menyeluruh untuk teknologi 5G ini, adalah lebih baik untuk anda dapatkan telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G. Tetapi kebanyakan telefon pintar 5G sekarang dipasarkan pada harga yang agak tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin naik, kita perlu berbelanja dengan lebih bijak. Oleh sebab itu, Yes juga menawarkan pelan langganan internet bersama telefon pintar percuma yang menyokong rangakaian 5G daripada Yes.

Apa Yang Anda Boleh Nikmati Daripada Pelan 5G Yes Ini?

Kini anda boleh menikmati kepantasan internet 5G berkelajuan tinggi tanpa had dengan melanggan pelan daripada Yes. Pelan yang mereka tawarkan ini juga adalah yang terpantas buat masa ini. Walaupun internet berkelajuan tinggi sering dipasarkan pada harga yang tinggi, namun ia berbeza dengan pelan daripada Yes kerana pelan mereka adalah yang termurah buat masa ini di pasaran Malaysia. Ini kerana Yes merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan pelan internet 5G kepada pengguna setakat ini.

Terdapat 2 jenis pelan yang ditawarkan untuk tawaran internet 5G, iaitu Infinite dan juga Infinite+. Pelan Infinite adalah pelan yang menawarkan pelan internet sahaja. Manakala pelan Infinite+ adalah pelan yang menawarkan internet dan juga kontrak telefon pintar 5G selama 3 tahun. Dibawah 2 jenis pelan ini pula, terdapat 4 jenis pakej, iaitu Basic, Standard, Premium dan juga Ultra.

Harganya adalah bermula RM58 sehinggalah RM178 setiap bulan, bergantung kepada kehendak komitmen bulanan anda. Menurut Yes, rangkaian 5G mereka ini berkelajuan tinggi sehingga 20 kali lebih laju berbanding rangkaian internet 4G yang sedia ada. Harganya juga lumayan untuk penawarannya yang mana menurut Yes adalah 300% lebih murah berbanding rangkaian 4G sebelum ini.

Untuk dapatkan peranti percuma 5G yang menyokong rangkaian Yes pula, anda boleh melanggan pelan Infinite+ tanpa sebarang bayaran untuknya. Anda juga boleh rujuk jadual di atas untuk model-model telefon percuma yang ditawarkan. Anda juga boleh tukar-beli telefon yang anda gunakan sekarang dengan pihak Yes untuk dapatkan telefon 5G baru yang mereka tawarkan dan terima wang jualannya dengan segera.

Jika anda ingin memiliki Samsung Galaxy S22 5G dan membayarnya secara ansuran selama 36 bulan, anda perlu membayar RM102.75 setiap bulan selama 3 tahun. Komitmen bulanan ini belum termasuk pelan telco yang anda perlu langgan setiap bulan. Tetapi, jika anda memilikinya menerusi pelan Yes Infinite+ Ultra, anda hanya perlu membayar RM178 sahaja setiap bulan dan boleh memiliki telefon pintar ini secara percuma bersama pelan internet 5G yang terpantas di Malaysia setakat ini, tanpa sebarang caj pendahuluan dan kos tersembunyi.

Memandangkan terdapat 4 jenis pakej yang anda boleh pilih, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis kelebihan 5G daripada Yes. Melaluinya anda boleh menikmati panggilan tanpa had, data internet tanpa had dan yang paling penting sekali adalah tiada Dasar Penggunaan Saksama (FUP). Hal ini kerana, Yes adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan dengan internet 5G dan tiada saingan untuk kapasiti internet daripada syarikat telekomunikasi yang lain di Malaysia setakat ini.

Malah menurut Yes, pelan mudah alih yang mereka tawarkan ini juga adalah lebih baik daripada pelan 4G yang sedia ada di pasaran walaupun kawasan pelanggan mereka belum mengimplementasikan rangkaian 5G. Ini membolehkan pelanggan mereka menikmati internet 5G dengan lebih stabil walau dimana pun anda berada.

Kesimpulan

Yes5G

Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan rangkaian 5G ini, anda hanya perlu melanggan pelan Infinite dan juga Infinite+ daripada Yes. Anda hanya perlu mendaftar pelan ini secara atas talian sahaja. Pilih pakej, pilih model telefon yang anda inginkan bersama warna pilihan anda, masukkan maklumat peribadi anda, sahkan akaun anda menggunakan kad pengenalan dan juga sistem pengecaman wajah, masukkan maklumat penghantaran, sahkan butiran langganan dan bayaran, kemudian anda hanya perlu tunggu di rumah sahaja untuk menerima kad sim dan telefon percuma anda. Mudah bukan?

Stok untuk telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G yang pihak Yes sediakan adalah terhad. Oleh sebab itu anda perlu melanggannya sekarang secara atas talian atau juga kedai-kedai rasmi Yes di seluruh Malaysia.

Penafian : Advertorial daripada Yes

komen


© Amanz / 2022 Kami