Samsung Galaxy F13 akhirnya dilancarkan secara rasminya di India. Ia hadir dengan rekaan dan sejumlah besar perkakasan dalaman yang sama seperti Samsung Galaxy M13 sebelum ini. Perbezaan yang dilakukan oleh Samsung hanyalah pada kapasiti yang kini lebih besar iaitu 6,000mAh.


Untuk lebih khusus, Samsung Galaxy F13 dilengkapi skrin 6.6-inci PLS LCD dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Exynos 850, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sebagai tambahan, ia turut menyediakan ruang tambahan melalui kad mikroSD sehingga 1TB.
Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, NFC, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Untuk harga, ia dijual di India pada ₹16,999 (~RM957).
- Sumber
- Sumber – Samsung India