Setiap akaun media sosial dan perkhidmatan digital yang saya gunakan menggunakan kata laluan berbeza. Setiap kata laluan saya bukannya semata nombor dan huruf, tetapi bercampur dengan simbol dan sukar untuk ingat. Untuk itu saya gunakan perkhidmatan LastPass untuk mengurus kata laluan, seperti menyimpan dan auto-isi.
Bagi yang tidak ingin bayar, Google turut mempunyai pengurus kata laluan sendiri – Google Password Manager. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui laman web passwords.google.com dan juga melalui pelayar web Chrome.

Dalam kemaskin terkini, Google telah mengubah penyulitan kata laluan yang pengguna simpan secara dalam peranti dan mereka tidak lagi menyimpannya melalui pelayan. Dengan penyulitan dalam peranti pengguna, pengguna boleh mengakses kata laluan dengan memasukkan kata laluan Google atau jika peranti itu disokong boleh menggunakan pengimbas cap jari, pengimbas wajah dan pin kunci skrin.
Apabila penyulitan ini diaktifkan, ia tidak lagi boleh dibuang. Tetapi pengguna boleh mengaktifkannya pada banyak peranti pada satu masa. Pengguna juga perlu memastikan ciri Sync untuk Chrome diaktifkan dan akaun utama Google telah dilog masuk.

Untuk mengaktifkan ciri ini, pergi ke aplikasi Chrome > Settings >Passwords > Set-up on device encryption. Jika pada desktop, buka laman web passwords.google.com > masuk ke Manage your account > Security > Password Manager.
Ini adalah antara alternatif terbaik mengurus kata laluan, sementara menantikan kerjasama antara Google, Apple dan Microsoft untuk dunia tanpa kata laluan.