Cari @ Amanz

Xiaomi TV A2 telah dilancarkan secara global dengan empat variasi berbeza. Ianya terdiri dengan saiz 32-inci, 43-inci, 50-inci, 55-inci dan 58-inci. Ia turut dilengkapi panel 4K Ultra HD dengan kadar segar semula 60Hz. Di samping beberapa ciri tambahan lain seperti sokongan 90% gamut warna DCI-P3, HDR10, Dolby Vision, MEMC dan sebagainya.

Dari segi konfigurasi pula, ia dijana dengan cip pemproses empat-teras ARM Cortex-A55 yang dipadankan dengan GPU Mali G52 MP2, memori mencapai 2GB RAM dan 16GB storan. Seterusnya, sistem audionya menggunakan pembesar suara 10W dengan sokongan teknologi Dolby Audio.

Dari segi perisian pula, televisyen ini menjalankan Android 10 dengan aplikasi penstriman video popular seperti Netflix, Prime Video dan YouTube dan banyak lagi melalui Google Play. Di samping itu, ia turut menawarkan kawalan pantas peranti AiOT yang disambungkan melalui alat kawalan jauh Bluetooth.

Untuk harga, Xiaomi TV A2 dengan saiz 55-inci dijual pada €529 (~RM2,449). Sementara itu, tiada butiran mengenai harga untuk tiga variasi saiz lain yang diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd