Sony, Microsoft, Meta, Huawei Dan Lain-Lain Sertai Badan Piawaian Untuk Metamesta

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan perkembangan arena metamesta, kini sebuah badan piawaian khusus dibentuk dalam memastikan piawaian yang selari dan terbuka, dinamakan Metaverse Standards Forum.

Pelbagai syarikat kini menyatakan sokongan dan menyertai badan piawaian ini, termasuk Meta, Microsoft, Epic Games, Huawei, Sony, Qualcomm dan lain-lain.

Badan ini bukan sahaja akan membangunkan piawaian terbuka untuk teknologi metamesta, tetapi pada masa yang sama turut akan membangunkan terminologi yang konsisten apabila memasuki era metamesta ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, kita mungkin melihat perkembangan lebih efektif dan pantas daripada pelbagai pihak dalam pembangunan metamesta ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami