Proses menghasilkan objek 3D mengambil masa yang lama sekiranya ia perlu kelihatan realistik dengan keperincian yang tinggi. Sebuah model 3D kereta dalam permainan Gran Turismo Sport misalnya mengambil masa sehingga dua minggu untuk dihasilkan. Pelbagai teknik cuba dibangunkan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses menghasilkan objek 3D.
NVIDIA telah membangunkan perisian yang diberi nama NVIDIA 3D MoMa. Ia boleh menghasilkan sebuah objek 3D yang kompleks selepas memproses gambar 2D yang diambil. Dalam demo yang diperlihatkan NVIDIA, sehingga 120 gambar sebuah trompet diambil dari pelbagai sudut sebelum diproses oleh NVIDIA 3D MoMa.

Sebuah model 3D yang kompleks dapat dihasilkan dalam masa sejam menggunakan sebuah GPU NVIDIA Tensor Core GPU yang sudahpun wujud di pasaran. Kesemua tekstur dan pencahayaan turut dihasilkan sekali. Objek 3D ini kemudiannya boleh diimport ke dalam permainan video dan perisian 3D untuk dimanipulasi seperti biasa.
- Sumber
- Sumber – NVIDIA