Samsung Dilaporkan Mempunyai Stok 50 Juta Telefon Pintar Yang Belum Dijual

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas pandemik terdapat ramalan optimis jualan peranti pintar akan kembali ke tahap pra-pandemik. Oleh itu pengeluaran peranti dipertingkatkan selepas menghadap pelbagai masalah rantaian bekalan sebelum ini. Tetapi bagi Samsung sebaliknya berlaku dengan mereka kini dilaporkan mempunyai stok 50 juta telefon pintar yang belum terjual menurut laporan The Elec.

Majoriti stok yang tidak terjual ialah peranti dari siri Galaxy A. Ini adalah sedikit mengejutkan kerana siri Galaxy A adalah yang paling banyak berjaya dijual oleh Samsung saban tahun. Dalam laporan yang sama Samsung dikatakan akan mengurangkan pengeluaran peranti pada tahun 2022 ke 270 juta unit berbanding sasaran asal 334 juta unit.

Pengurangan permintaan untuk telefon pintar baharu dirasai oleh kesemua pengeluar dan bukan hanya Samsung. Kombinasi kemelesetan ekonomi, kos sara hidup meningkat, inflasi dan konflik peperangan di Ukraine menyebabkan permintaan untuk telefon pintar berkurangan sepanjang 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami