Harga Jualan Huawei MatePad T10s Dikemaskini Ke RM899

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MatePad T10s telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2020 pada harga RM999. Bagaimanapun, Huawei kini telah mengemaskini harga jualan peranti ke RM899. Ia menunjukkan diskaun sebanyak RM100 berbanding harga asal dan ia boleh dibeli menerusi kedai atas talian Huawei Malaysia.

Huawei MatePad T 10s merupakan tablet kelas pertengahan yang seimbang dari segi penggunaan hiburan dan produktiviti. Ia dilengkapi skrin sebesar 10.1-inci IPS beresolusi 1920 x 1200 piksel. Ia turut dipadankan dengan cip Kirin 710A, memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB. Bateri pula sebesar 5,100mAh dengan sistem pengecasan 10W. Kamera utama sebesar 5MP dan kamera swafoto pula 2MP.

komen


© Amanz / 2022 Kami