Cari @ Amanz

CEO LinkedIn kini berkongsi perkembangan industri, mengatakan kemahiran kreatif dalam industri pengiklanan memperlihatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Ia dikatakan sektor pengiklanan lebih memfokuskan kepada teknologi dan data, tetapi kurang memberikan perhatian kepada kreativiti.

Mengikut perkongsian, terdapat penurunan kemahiran kreatif sekitar 32%, termasuk melibatkan rekaan, strategi kreatif, dan juga penjenamaan.

Malah, pengambilan pekerja melibatkan kreaitiviti dikatakan sedikit menurun berbanding pengambilan pekerja melibatkan kemahiran teknologi.

Ini sekaligus memperlihatkan peralihan industri, tetapi turut membawa kepada perkembangan masa akan datang yang mana mungkin berbeza dengan penjenamaan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd