Microsoft Dilihat Membayar Pengguna Untuk Guna Microsoft Edge Dan Bing

Diterbitkan pada Jun 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini dilihat membayar pengguna untuk menggunakan pelayar web Microsoft Edge, bersama-sama dengan enjin carian Bing.

Penawaran ini dilihat menyasarkan pengguna muda, dan bayaran dilakukan dalam bentuk Minecoin – iaitu matawang yang digunakan dalam permainan Minecraft yang dimiliki Microsoft.

Melalui kempen terbaru ini, Microsoft meminta pengguna menggunakan pelayar web Edge, serta enjin carian Bing selama lima hari, dan akan diberikan ganjaran sebanyak 330 Minecoins.

Buat masa ini, kempen ini dilakukan secara terhad dan dilihat lebih menyasarkan pengguna muda.

Sumber : Hypebeast

komen


© Amanz / 2022 Kami