Cari @ Amanz

Twitter hari ini memperkenalkan secara rasminya ciri terbaru mereka dinamakan Twitter Notes.

Melalui ciri ini, ia membolehkan para pengguna untuk menulis lebih daripada 280 aksara dengan mudah.

Langkah ini membolehkan seseorang penulis untuk menulis kisah atau cerita atau perkongsian yang lebih panjang, sekaligus menerbitkannya pada platform Twitter.

Pengguna lain boleh terus membacanya pada platform atau aplikasi Twitter, tanpa perlu meninggalkan dan membuka pelayar web.

Ciri ini sedang diuji dikalangan sejumlah penulis, dan telah pun ditawarkan dalam bentuk beta.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd