Dengan IKEA Kreativ Pengguna Boleh Meletakkan Perabot IKEA Secara Maya Dalam Rumah

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Teknologi memakai kasut secara maya sebelum melakukan pembelian sudah digunakan pada pelbagai aplikasi dan platform edgagang terkemuka. IKEA sebagai rangkaian kedai perabot terbesar dunia mempunyai idea yang sama dan kini melancarkan ciri IKEA Kreativ dalam aplikasi IKEA untuk iOS dan juga laman web.

Teknologi IKEA Kreativ Scene Scanner mengimbas ruang rumah anda secara tiga dimensi sebelum kemudiannya memadam perabot yang digunakan sekarang menggunakan kecerdasan buatan. Seterusnya pengguna boleh meletakkan perabot IKEA dari katalog yang diberikan ke dalam ruang rumah yang telah diimbas tadi menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR).

Teknologi IKEA Kreativ boleh memaparkan perabot IKEA dalam rumah pengguna secara realistik. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu membayangkan bagaimana perabot IKEA di rumah kelak kerana ia boleh dilihat dalam aplikasi. Selain itu pengguna juga boleh melakukan rekaan secara maya menggunakan 50 templat yang turut diberikan IKEA sekiranya pengguna tidak mahu mengimbas ruang rumah peribadi.

Pada waktu ini IKEA Kreativ hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan di iOS dan laman web sahaja. Terdapat perancangan untuk menawarkannya ke pengguna negara lain dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami