Elon Musk : “Saya Tidak Pernah Kata Orang Perlu Melabur Pada Kriptowang”

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk hari ini mengatakan beliau tidak pernah mengatakan yang mana orang ramai perlu melabur pada kriptowang.

Mengulas lanjut, Elon Musk mengatakan dari segi Tesla, SpaceX dan beliau sendiri adalah dimana mereka membeli Bitcoin dalam peratusan kecil aset mereka.

Sebelum ini, setiap kali Elon Musk mempromosikan kriptowang melalui Twitter, ia sering memberikan kesan kepada harga pasaran kriptowang tersebut – terutamanya seperti Dogecoin.

Namun, seperti dinyatakan, Elon Musk tidak pernah mengatakan secara terus yang mana seseorang perlu melabur pada kriptowang.

Perkongsian terbaru Elon Musk ini mengatakan beliau tidak pernah menyuruh melabur dalam kriptowang ini dikongsikan pada acara Qatar Economic Forum baru-baru ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami