Cari @ Amanz

Amazon sedia menawarkan perkhidmatan pembantu maya berasaskan suara, dinamakan Alexa. Ia sedia hadir dengan beberapa pilihan suara, dan bergerak kehadapan, Amazon ingin membolehkan Alexa mimik suara sesiapa sahaja, termasuk seperti datuk dan nenek kita.

Amazon mengatakan ia akan membolehkan memori dan detik indah kita kekal bersama kita untuk tempoh yang lama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah prosesnya sebelum Alexa memimik suara seseorang – sama ada perlu membaca teks seperti dalam filem Mission Impossible, atau mempunyai kaedah lain.

Amazon masih belum berkongsi berkenaan bilakah ciri memimik suara ini akan diperkenalkan kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd