Carian
Adobe Premiere Pro Dikemaskini Dengan Ciri Workspaces Baharu Dan Suntingan Video Menegak
June 23, 2022 Effi Saharudin

Adobe Premiere Pro telah dikemaskini minggu ini ke versi V 22.5 dengan ciri Workspaces baharu yang memudahkan penyunting video mencari ciri-ciri yang diperlukan berdasarkan tugasan yang ingin dilakukan. Terdapat pratetapan untuk melakukan suntingan video, mengubah warna, audio, meletakkan grafik, animasi dan banyak lagi.

Antaramuka aplikasi juga telah dioptimasikan bagi mereka yang melakukan suntingan pada komputer riba yang kecil. Disamping itu sebuah Workspace khusus untuk melakukan suntingan video menegak juga disertakan sekali menerusi kemas kini. Dengan perkongsian ke media sosial dalam format menegak 9:16 semakin meningkat, sokongan video menegak akan memudahkan penyunting video yang selama ini perlu menetapkan sendiri ruang kerja secara manual.

Penambahbaikan lain yang turut diberikan adalah sokongan kod H264/HEVC yang lebih baik pada komputer dengan cip Apple M1, sokongan kamera RED V-RAPTOR, dan kesan khas Magnify, Replicate, Spherize, serta Wave Warp disokong GPU.

Komen