MEASAT hari ini telah melancarkan satelit terbaru ke angkasa, iaitu MEASAT-3d. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah sokongan teknologi komuikasi baharu, dan kebolehan pemindahan data berkapasiti tinggi.
Bercakap ketika pelancarannya, perrkhidmatan jalur-lebar satelit CONNECTme yang membolehkan internet dipancar dari angkasa, kini dijangka akan dapat menyambungkan 100% penduduk di Malaysia – terutamanya penduduk di kawasan pedalaman.
Pada hari ini, terdapat sekitar 3%-5% penduduk luar bandar yang masih belum diliputi sambungan gentian atau jalur lebar nirwayar. Dengan adanya satelit ini, ia dijangka akan membolehkan sambungan turut dinikmati oleh mereka.
Pada masa yang sama, satelit ini juga dijangka menawarkan kelajuan muat-turun yang kini sekitar 30Mbps melalui CONNECTme, kepada 100Mbps.
Dengan akses internet lebih baik, ia juga dijangka akan mempertingkatkan sosioekonomi rakyat, termasuk perkembangan arena ekonomi digital di Malaysia.