NASA Mengurangkan Kuasa Proba Voyager Selepas 45 Tahun Meneroka Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proba angkasa Voyager 1 dan Voayager 2 ialah dua mesin buatan manusia yang melakukan perjalanan paling jauh dari bumi bagi melalukan penerokaan angkasa lepas. Selepas hampir 45 tahun beroperasi, NASA kini mula mematikan sistem pada kedua-dua proba sebagai persediaan akhir sebelum ia berhenti beroperasi menurut laporan Scientific American.

Kedua-dua proba menggunakan bahan api plutonium untuk beroperasi. Tetapi setiap tahun ia kehilangan 4W kuasa kerana plutonium yang semakin kehabisan. Pada asalnya Voyager dilancarkan hanya untuk melakukan penerokaan ke planet Jupiter dan Zuhal dengan hayat operasi hanya 4 tahun.

Antara imej ikonik yang berjaya dihantar Voyager kembali ke bumi ialah gambar “pale blue dot”. Bumi hanya kelihatan seperti sebuah titik kecil di angkasa lepas yang luas. Dari gambar ini saintis Carl Sagan menulis mengenai betapa kecilnya kita pada skala galaksi.

Tetapi Voyager bersaudara meneruskan perjalanan meneroka angkasa lepas sehingga melepasi ruang angkasa najam. Vogayer 1 pada waktu ini dianggarkan telah mengembara 23.27 bilion kilometer dari bumi sehingga April yang lalu. Hanya empat instrumennya masih berfungsi manakala pada Voyager 2 lima instrumen masih berfungsi.

Sumber kuasa Voyager 1 dijangka habis seawal 2024. Dengan NASA memberikan arahan untuk mematikan beberapa instrumen, mereka berharap ia dapat meneruskan operasi sehingga 2030 dan menghantar maklumat pengembaraan kembali ke bumi.

Selepas ia tidak lagi beroperasi, Voyager 1 dan Voyager 2 akan meneruskan mini bagi pihak bumi. Kedua-duanya membawa cakera emas berdiameter 12″ yang mempunyai rakaman audio bumi, lagu dan lokasi bumi sekiranya ia ditemukan oleh makhluk asing di masa hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami