Google Maps Kini Menawarkan Widget Situasi Trafik Berdekatan Untuk Android

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Apple memperkenalkan sokongan widget untuk iOS, Google turut fokus kepada pembangunan aplikasi mereka untuk menawarkan widget yang responsif dan berfungsi dengan baik kepada pengguna Apple. Sudah semestinya, Google turut tidak lupa akan pengguna Android dengan banyak aplikasi seperti Chrome, Google Maps dan banyak lagi mula mempunyai sokongan widget yang lebih baik.

Untuk Google Maps, kemaskini terkini adalah mereka telah menyertakan satu widget baharu yang mungkin akan memudahkan semua pengguna.

Widget ini adalah widget yang memaparkan situasi trafik berdekatan dengan lokasi pengguna. Widget ini diberi nama Nearby Traffic, ia akan mempunyai titik biru sebagai tanda lokasi pengguna berada, dan mempunyai garisan berwarna seperti merah, jingga dan banyak lagi sebagai petanda keadaan trafik di sekeliling pengguna.

Widget ini pada saya akan memudahkan saya melihat situasi trafik sebelum terus membuka Google Maps untuk ke mana-mana acara media atau pulang ke rumah selepas bekerja. Anda kini boleh menggunakannya dengan mengemaskini aplikasi Google Maps ke versi terkini melalui Play Store.

komen


© Amanz / 2022 Kami