Realme Narzo 50i Prime Dilancarkan Dengan Unisoc T612 Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini hadir dengan sebuah lagi peranti di bawah siri Narzo. Dikenali sebagai Realme Narzo 50i Prime, ia hanyalah Realme C30 yang dijenama semula dalam sebuah tubuh peranti dengan rekaan yang berlainan.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme Narzo 50i Prime dilengkapi skrin 6.5 inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T612 dengan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Turut melengkapi peranti adalah bateri 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 10W. Kamera utama pula sebesar 8MP, sementara itu kamera swafoto adalah 5MP. Tidak ketinggalan, ia juga menjalankan sistem operasi Realme UI GO Edition berasaskan Android 11.

Untuk harga, Realme Narzo 50i Prime dijual pada $99.99 (~RM441) (3GB/32GB) dan $109.99 (~RM485) (4GB/64GB) dengan dua pilihan warna seperti Dark Blue atau Mint Green.

komen


© Amanz / 2022 Kami