Cari @ Amanz

Motorola terkenal dengan siri Edge yang sering dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup seimbang. Perkongsian terkini memberi gambaran yang mana variasi baharu untuk siri berkenaan bakal tiba tidak lama lagi. Dikenali sebagai Motorola Edge 30 Lite, ia mungkin sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan.

Dari segi rekaan, Motorola Edge 30 Lite akan mempunyai panel belakang bertekstur dengan modul kamera berbentuk segi empat. Melengkapinya adalah sistem dwi kamera utama dengan penggunaan sensor 64MP OIS dan LED Flash berbentuk memanjang. Seterusnya, butang kuasa dan laras audio diletakkan pada sisi kanan. Lain lain sisi pula tidak diperlihatkan buat masa ini.

Menurut spekulasi awal, peranti mungkin dibekalkan dengan skrin 6.28 inci POLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 695 dengan padanan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB dikhabarkan turut disertakan pada peranti.

Tiada sebarang perkongsian mengenai tarikh pelancaran yang diketahui buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd