Siri Televisyen Sony Bravia XR 2022 Kini Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga Menjangkau RM28,999

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony, syarikat teknologi dari Jepun yang cukup terkenal untuk siri televisyen, kamera dan konsol permainan video mereka hari ini telah melancarkan beberapa model televisyen baru melalui siri Sony Bravia XR 2022 untuk pasaran Malaysia.

Ini termasuklah Sony Bravia X95K, sebuah televisyen pintar Mini LED bersaiz 85 inci dengan resolusi 4K, Sony Bravia X90K, televisyen pintar LED dengan saiz dan resolusi yang sama dan Sony Bravia A80K, televisyen pintar OLED dengan pilihan saiz 77 inci, 65 inci dan 55 inci dengan resolusi 4K.

Selain daripada perbezaan panel yang digunakan, kesemua televisyen-televisyen ini hadir dengan sokongan untuk Google TV, dan mereka bekerjasama dengan Netflix untuk memperkenalkan ciri Netflix Adaptive Callibrated Mode yang menggunakan sensor cahaya persekitaran untuk memastikan olahan warna pada televisyen kekal sekata tidak kira masa.

Kesemua televisyen-televisyen ini juga dilengkapi dengan cip Cognitive Processor XR yang menganalisa corak tontonan dan pendengaran pengguna juga untuk memastikan mereka mendapatkan kualiti visual dan audio yang terbaik tidak kira genre tontonan.

Bagi mereka yang memiliki konsol permainan PlayStation 5, televisyen-televisyen ini juga dibangunkan khusus untuk konsol tersebut dengan sokongan untuk olahan grafik pada resolusi 4K dan kadar segar semula 120FPS apabila menggunakan palam dan kabel HDMI 2.1 untuk menyambungkan kedua-dua perkakasan tersebut.

Televisyen ini juga merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang sedang membina teater rumah kerana kesemua pilihan televisyen terbaru ini menyokong teknologi Dolby Vision dan Dolby Atmos yang akan meningkatkan lagi pengalaman tontonan dan pendengaran di rumah.

Dengan siri televisyen terbaru ini, Sony juga dilihat mula menggunakan plastik kitar semula mereka sendiri yang dinamakan SORPLAS yang mengurangkan penggunaan plastik dalam binaan dan pembungkusan televisyen-televisyen ini sebanyak 60 peratus.

Dalam pada itu, Sony juga dilihat memperkenalkan aksesori Bravia CAM yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai webcam, tetapi digabungkan dengan Cognitive Processor XR untuk memantau tontonan pengguna, mengubahsuai olahan warna dan kelantangan dan kualiti audio bergantung kepada keadaan.

Sony Malaysia mengatakan bahawa kesemua televisyen-televisyen ini sudahpun hadir di pasaran Malaysia pada tanda-tanda harga berikut:

komen


© Amanz / 2022 Kami