Poco F4 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 870 Dan Harga Bermula RM1599

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran produk baharu Poco hari ini memperlihatkan penawaran untuk beberapa peranti. Salah satu daripadanya adalah Poco F4 yang merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip Snapdragon 870. Beberapa ciri menarik lain yang turut disertakan pada peranti adalah skrin AMOLED 120Hz dan sistem pengecasan pantas 67W.

Bagi yang berminat, Poco F4 ditawarkan pada harga bermula RM1,599 (6GB/128GB) dan RM1,699 (8GB/256GB). Ia bagaimanapun boleh dibeli pada harga promosi lebih rendah iaitu RM1,499 (6GB/128GB) dan RM1,599 (8GB/256GB) untuk tempoh masa terhad. Ketersediaan adalah bermula 27 Jun 2022 menerusi Shopee dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Moonlight Silver, Night Black atau Nebula Green.

Poco F4 menggunakan skrin sebesar 6.67 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 67W. Kepala pengecas tersedia di dalam kotak dengan kuasa output 67W.

Sistem tri kamera utama dengan tetapan 64MP (OIS) + 8MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 20MP turut digunakan pada peranti. Lain lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB C, NFC, WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami