Laman Web Ini Merakam Dan Menyimpan Kata-Kata Dan Perbuatan Elon Musk

Diterbitkan pada Jun 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda mengikuti perkembangan dunia teknologi dan kriptowang, nama Elon Musk, pemilik syarikat-syarikat seperti Tesla dan SpaceX (dan tidak lama lagi mungkin Twitter) adalah sesuatu yang pastinya sentiasa dapat dilihat saban hari kebelakangan ini. Tetapi tahukah anda kata-kata dan perbuatan Elon Musk tidak selalu selari?

Baru-baru ini, sebuah laman web yang dinamakan Elon Musk Today telah dibangunkan untuk merakam dan menyimpan kata-kata Elon Musk sepanjang beberapa tahun ini, khususnya di Twitter, dan membandingkannya dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang.

Diantara kata-kata mutiaranya yang menarik adalah seperti mengatakan bahawa Tesla boleh digunakan sebagai sebuah bot, dan juga bagaimana Bitcoin adalah baik dan juga buruk untuk kemaslahatan alam sekitar.

Ia tidak diketahui lagi betapa lamakah laman web ini akan beroperasi, khususnya Elon Musk tidak begitu gemar akan dirinya dilihat secara negatif oleh orang awam.

komen


© Amanz / 2022 Kami