Khaby Lame kini menjadi akaun yang mempunyai angka pengikut paling tinggi di dunia, mengatasi Charli D’Amelio yang menduduki tangga pertama sebelum ini.
Sebelum ini, para peminat Khaby Lame telah melancarkan kempen menjadikan Khaby Lame sebagai akaun paling ramai diikuti.

Khaby Lame sebelum ini telah membuka akaun pada April 2021 lepas, yang mana melakukan ekspresi kelakar untuk pelbagai video lain, terutamanya video-video yang dilabelkan sebagai “tips”. Khaby yang bekerja sebagai pekerja kilang ketika memulakannya, kini telah menjadi salah satu personaliti popular dalam media sosial.
Ketika artikel ini ditulis, Khaby Lame mempunyai sekitar 142 juta pengikut di TikTok.