Samsung Malaysia Mencari Rakaman Gambar Malam – Nightography Menggunakan Samsung Galaxy S22 Series

Diterbitkan pada Jun 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sudah pun menjengah kepada pertengahan tahun. Lebih menggembirakan lagi adalah aktiviti luar di Malaysia sudah beransur mula aktif dengan norma baharu, disamping menjaga dan berwaspada dengan Covid. Maka situasi malam pun kini tampak lebih meriah dan lebih menarik apabila dirakam dengan Samsung Galaxy S22 Series.

Samsung Malaysia sedang mengadakan Pertandingan Night City Challenge bagi mencari karya rakaman malam terbaik menggunakan peranti mereka dan jika anda telahpun memiliki Samsung Galaxy S22 Series, inilah masanya untuk anda berkarya dan berkongsi hasilnya dengan lebih ramai pengguna.

Dan jika anda masih berkira-kira dalam mencari peranti terbaik bagi melakukan rakaman malam, berikut merupakan ciri-ciri penggambaran malam – Nightography pada Samsung Galaxy S22 Series yang boleh membantu anda merakam dengan lebih baik di waktu malam. 

Gambar Yang Lebih Tajam

Apabila merakam gambar pada waktu malam, imej yang tajam perlu dihasilkan dan Samsung Galaxy S22 Series dapat merakam video yang tajam berkat dari saiz pixel yang besar iaitu 2.4 mikrometer menggunakan ISOCELL HP1. Jadi anda tidak perlu berasa was-was dengan prestasi peranti ini pada suasana yang menarik walaupun gelap gelita. 

Penstabil Video Membolehkan Rakaman Tanpa Gegaran

Seterusnya apalah peranti yang hanya mampu merakam imej pegun, tetapi bukan video. Kebolehan rakaman waktu malam juga turut ditawarkan pada format video dan penstabil video ini dapat menghasilkan rakaman yang tepat, walau anda sedang berjalan di waktu malam. 

Super HDR Yang Berfungsi Walau Kurang Pencahayaan

Dan akhir sekali adalah kualiti Super HDR yang dapat menghasilkan warna yang tepat dan terang, serta dapat membezakan kontras suasana yang bertepatan. Bayangkan apabila anda merakam gambar matahari terbenam, tanpa Super HDR, pastinya gambar tersebut akan menjadi terlalu terang.

Namun pada Galaxy S22 Series, ia dapat menghasilkan warna mengikut keadaan, menghasilkan rakaman yang lebih tepat dengan kejituan yang tinggi. 


Jelas sekali dengan ketiga-tiga ciri ini dapat membantu rakaman malam dan tidak akan menghadkan karya rakaman anda kepada waktu siang sahaja. Jika anda masih belum memiliki sebarang peranti Samsung Galaxy, anda boleh memilih Galaxy S22 Ultra yang terbaik dalam kelasnya, dengan hadiah-hadiah khas yang ditawarkan sehingga 30 Jun 2022.  

Pertandingan Night City Challenge dari Samsung

Bagi anda yang ingin berkongsi karya anda, hantarkan karya tersebut menerusi akaun Instagram dengan tetapan ‘Public’, beserta hashtag #MakeNightsEpic, #withGalaxy #(nama bandar) #(peranti Galaxy yang digunakan).

Anda juga haruslah menamakan @SamsungMalaysia, @SamsungMobile dan @samsungwithGalaxy dalam hantaran instagram anda.Sebanyak 4 kategori yang dicari Samsung Malaysia iaitu Lokasi Malam Terbaik, Bandar Malam Terbaik, Aktiviti Malam Terbaik dan Suasana Malam Romantik Terbaik.

Tarikh tutup perkongsian adalah pada 30 Jun 2022 jadi bawalah bersama peranti Nightography kegemaran anda di waktu malam bagi merakam karya menarik.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami