Malaysia Dijangka Hadapi Gelombang Baharu Covid-19 Lebih Awal

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Kesihatan kini berkongsi mengatakan Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu Covid-19 lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini. Sebelum ini, ia dijangka akan berlaku sekitar dua atau tiga bulan lagi.

Perkongsian baharu ini selari dengan peninngkatan kepada lebih 2000 kes yang dilaporkan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan turut menekankan yang mana perkongsian baharu ini bukan untuk menimbulkan panik, sebaliknya untuk membolehkan orang ramai lebih berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan meliputi pelbagai aspek.

Ia turut diingatkan yang mana walaupun sudah memasuki fasa peralihan, Covid-19 belum berakhir lagi. Orang ramai dalam beberapa kategori seperti tua, atau mempunyai penyakit kronik digalakkan untuk mengambil imuniti melalui dos vaksin penggalak.

Sumber : Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami