Keselamatan pengguna bawah umur di pelbagai media sosial adalah sentiasa terancam dengan terdapat pelbagai kes antun seksual dilaporkan. Oleh sebab itu Instagram sejak 2019 meminta pengguna bawah umur untuk mengaktifkan beberapa ciri keselamatan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa. Kini apabila mereka akhirnya mencapai umur 18 tahun, Instagram memperkenalkan beberapa ciri pengesahan termasuk menggunakan kecerdasan buatan.

Pengguna yang ingin mengubah umur mereka kepada 18 tahun ke atas diberikan tiga pilihan oleh Instagram. Pilihan pertama ialah memuat naik gambar kad pengenalan diri yang kemudiannya disahkan oleh Instagram. Kedua mereka mendapatkan pengesahan umur dari pihak tiga rakan.

Akhir sekali ialah memuat naik swavideo yang kemudiannya akan dianalisa oleh Yoti yang mempunyai kecerdasan buatan mengagak umur pengguna. Selepas pengesahan, Instagram dan Yoti akan memadamnya.
- Sumber
- Sumber – Meta