Carian
Brave Search Hadir Dengan Goggles – Carian Yang Boleh Ditapis Lebih Spesifik Oleh Pengguna
June 24, 2022 Fahim Zahar

Brave adalah pelayar web yang cuba bersaing dengan Google Chrome dan pelayar web lain. Tetapi fokus mereka lebih kepada melindungi privasi dan data pengguna. Brave telah hadir dengan enjin carian tersendiri Brave Search pada tahun lepas, dan kini mereka telah hadir dengan ciri baharu Goggles.

Dengan Goggles ia membenarkan pengguna menapis keputusan carian yang dicari. Ia juga boleh membantu memaparkan keputusan carian yang lebih spesifik yang carian pada Google jarang paparkan.

Antara hasil keputusan yang turut boleh dipaparkan adalah dengan menapis ribuan laman web yang kerap diziarahi dan memfokuskan kepada carian daripada laman web yang yang lebih kecil dan tidak dikenali ramai. Carian imej turut membuang keputusan daripada Pinterest yang kerap memaparkan imej tanpa sumber sahih.

Googles turut membolehkan pengguna tapis sendiri keputusan carian yang diinginkan dengan lebih spesifik mengikut kategori. Ia mungkin leceh, tetapi hasil yang akan dipaparkan akan memuaskan hati orang ramai.

Dengan pengenalan Goggles, Brave turut mengumumkan yang Brave Search kini sudah keluar daripada beta dan stabil. Ia juga telah berjaya mengeluarkan sebanyak 2.5 bilion carian sejak dilancarkan.

Komen