Carian
Celcom, Digi Dan U Mobile Boleh Disaman Sehingga RM200 Ribu Sekiranya Mutu Rangkaian Tidak Diperbaiki
June 24, 2022 Nazrin

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah diarahkan untuk melakukan audit dan pemetaan keatas kualiti rangkaian yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat mutu rangkaian internet mudah-alih yang terbaik.

Tinjauan terbaru oleh badan telekomunikasi tersebut mendapati bahawa mutu rangkaian yang dibekalkan oleh Celcom, Digi dan U Mobile didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar di Pulau Langkawi, termasuklah Langkawi Highway dan sejumlah destinasi pelancongan di pulau tersebut.

Arahan Suruhanjaya yang didaftarkan pada 19 Mei 2022 menuntut ketigatiga syarikat itu untuk membuat penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap yang baik dan memenuhi piawaian mutu yang ditetapkan oleh SKMM.

Kegagalan untuk memperbaiki mutu sambungan internet mudah-alih mereka kepada tahap yang ditetapkan boleh mengakibatkan syarikat tersebut untuk dikenakan saman sehingga RM200 ribu dibawah seksyen 109, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Komen