Lenovo ThinkCentre neo Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo ialah jenama yang tidak asing lagi apabila bercakap mengenai penawaran komputer-komputer yang memfokuskan kepada produktiviti pejabat dan juga profesional. Terkini, Lenovo Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan siri komputer Lenovo ThinkCentre neo di pasaran tempatan pada bulan hadapan.

Siri komputer desktop ThinkCentre neo ini tampil dengan rekaan ikonik siri komputer tersebut, tetapi kini dibina menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti plastik PCR (Post-Consumer Recyclable) dan bahan mentah yang tidak dicat.

Bermula dengan Lenovo ThinkCentre neo 70t, komputer desktop ini hadir dengan rekaan 7.4 liter dan dikuasakan oleh CPU Intel generasi ke-12 Alder Lake, memori DDR5 sehingga 128GB dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti yang juga tampil dengan pengesahan piawaian NVIDIA Studio, yang secara lazimnya agak penting untuk mereka yang bekerja didalam industrii kreatif profesional.

Komputer ini juga mempunyai sebuah ciri yang dinamakan Lenovo Smart Storage dimana sekiranya komputer ini disambungkan ke internet walaupun apabila tidak digunakan, pengguna boleh mengakses fail-fail yang terkandung didalam komputer ini melalui peranti-peranti lain. Ini cukup berguna apabila pekerja bekerja dari luar pejabat dan perlu mengakses fail dari komputer di pejabat dengan cepat dan mudah.

Lenovo ThinkCentre neo 50s pula ialah komputer bersaiz kecil (Small Form Factor) yang juga dikuasakan oleh CPU Intel Alder Lake dan tampil dengan fungsi-fungsi penting dan berkuasa seperti Thunderbolt 4, WiFi 6E khususnya untuk mereka yang bekerja di ruang-ruang yang kecil.

Kedua-dua komputer ini juga dilihat menyokong sebuah fungsi baru menggunakan aksesori Smart Cable yang membolehkan dua komputer Lenovo disambungkan bersama-sama dan membolehkan pengguna untuk memanfaatkan storan dari dua buah komputer untuk menyiapkan kerja harian mereka.

Lenovo Malaysia mengatakan bahawa kedua-dua komputer Lenovo ThinkPad neo ini akan ditawarkan di pasaran tempatan pada 11 Julai 2022 dan akan hadir dengan harga pengenalan berikut:

komen


© Amanz / 2022 Kami