Huawei FreeBuds Pro 2 Dilancarkan Dengan Audio Devialet Dan Bateri Hingga 30 Jam

Diterbitkan pada Jun 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei kini hadir dengan aksesori audio baharu melaluinya pengenalan Huawei FreeBuds Pro 2. Ia merupakan fon telinga nirwayar dengan reka bentuk yang sama seumpama model terdahulu. Ia juga menggunakan audio yang ditala oleh Devialet sama seperti speaker bluetooth Sound Joy dan Sound X sebelum ini.

Huawei FreeBud Pro 2 dilengkapi sepasan pemandu audio dengan padanan tiga mikrofon terbina. Ia turut menawarkan tiga mod pembatalan hingar dengan kemampuan menapis bunyi hingar sehingga 47 desibel dan boleh diselaraskan berdasarkan persekitaran pengguna.

Kapasiti bateri tidak didedahkan secara khusus tetapi ia diiklankan mampu bertahan sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecasan. Secara purata, ia boleh memainkan muzik dengan ANC selama 4 jam, Kemudian boleh meningkat kepada 6.5 jam apabila ANC dimatikan.

Tidak ketinggalan, terdapat juga sokongan audio resolusi tinggi dan juga kemampuan kalis air sehingga IP54. Ia boleh didapati pada harga 4999 CZK (~RM938) dengan beberapa pilihan warna seperti Ceramic White, Silver Frost dan Silver Blue. Buat masa ini, belum ada maklumat lanjut mengenai penawaran untuk pasaran tempatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami